PEPERIKSAAN AKHIR KHAS
26.1.1 Pelajar yang layak dipertimbangkan untuk menduduki Peperiksaan Akhir Khas adalah pelajar seperti berikut:
- disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau hospital swasta; (HOSPITAL KERAJAAN,HOSPITAL SWASTA & KLINIK KERAJAAN SAHAJA)
- menghadapi kes-kes kecemasan seperti kes kematian keluarga terdekat, kemalangan, bencana alam atau kebakaran dengan pengesahan dari pihak berkuasa; atau
- menyertai aktiviti yang diluluskan oleh Pengarah dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pihak penganjur; atau
- atlit sukan yang sedang mewakili negeri atau negara.
26.1.2 Peperiksaan Akhir Khas juga dilaksanakan sekiranya Peperiksaan Akhir bagi mana-mana kursus pada semester berkenaan dibatalkan.
26.1.3 Peperiksaan Akhir Khas akan diadakan pada masa dan tarikh yang sesuai bagi pelajar dan dipersetujui oleh Pegawai Peperiksaan.
26.1.4 Sekiranya pelajar tidak hadir dengan sebab yang munasabah, markah SIFAR (0) akan diberikan bagi Peperiksaan Akhir Khas tersebut dan markah penilaian hanya akan dikira berdasarkan markah penilaian kerja kursus sahaja.
26.1.5 Sekiranya pelajar tidak hadir tanpa sebab, pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus berkenaan. Pelajar dikira telah mengambil dan gagal kursus berkenaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN
1. SURAT CUTI SAKIT DARI KLINIK KERAJAAN, HOSPITAL KERAJAAN ATAU HOSPITAL SWASTA SAHAJA DITERIMA
2. SURAT PERMOHONAN PAK OLEH PELAJAR
3. LAPORAN RINGKAS DARI DOKTOR (JIKA MASIH DI DALAM WAD HOSPITAL)
SILA HANTAR KE UNIT PEPERIKSAAN DENGAN KADAR SEGERA
1. SURAT CUTI SAKIT DARI KLINIK KERAJAAN, HOSPITAL KERAJAAN ATAU HOSPITAL SWASTA SAHAJA DITERIMA
2. SURAT PERMOHONAN PAK OLEH PELAJAR
3. LAPORAN RINGKAS DARI DOKTOR (JIKA MASIH DI DALAM WAD HOSPITAL)
SILA HANTAR KE UNIT PEPERIKSAAN DENGAN KADAR SEGERA
CARTA ALIR PAK | |
File Size: | 172 kb |
File Type: |
borang_pak.pdf | |
File Size: | 157 kb |
File Type: |
CONTOH SURAT PELAJAR | |
File Size: | 180 kb |
File Type: |